Minggu, 23 Januari 2011

Al Habib Al Madzhub Al Wali Nuh bin Muhammad Al Hadi bn Ahmad Al Habsyi







Susun galur nasabnya
Al Habib Nuh bin Muhamad bin Ahmad bn Idrus bn Al Hadi bn Idrus bn Al Hadi Asghor bn Ahmad Shohibus Si’eb bn Muhammad Al Asghor bn Alwi bn bn As Syech Al Imam Abubakar Al Habsyi bn Ali Al Faqih bn Ahmad Al Faqih bn Muhammad Assadullah bn Hasan At-Turabi bn As Syech Ali bn Muhammad Faqih Muqaddam bn Ali bn Muhammad Shohib Mirbat bin Ali Kholi' Qasam.......... Rasulullah MUHAMMAD SAW.

Al Habib Nuh Al Habsyi adalah generasi ke 34 dari Rasulullah MUHAMMAD S.A.W.


Riwayat Singkat Perjalanannya

Hb Nuh bin Muhammad lahir di atas kapal tahun 1788 M/1203 H.
Habib Nuh bin Muhammad Al Habsyi telah datang ke Singapora dari Kedah Malaysia sejurus sebelum pulau Singapura ini di jumpai oleh Sir Stamford Raffles.Al Habib Nuh telah tinggal lebih kurang tiga puluh tahun dan dalam masa tersebut Al Habib Nuh telah berulang alik ke Johor dan lain-lain negeri di Malaysia.Al Habib kembali ke Ramatullah semasa berumur lebih kurang 78 Tahun pada penghujung bulan Juli 1866 M(pertengahan Shafar 1283 H) di rumah seorang keluarga Temenggong Abubakar di Teluk Blangah,Singapora.Dalam masa hidupnya Habib Nuh dikenali sebagai Wali ALLAH dengan diberi beberapa kuasa yang mana diantara lain Al Habib Nuh sering ghaib dari satu tempat ke tempat lain dan di jumpai berhadapan dengan Ka’abah di Makkah pada tiap tiap hari jum’at. Habib Nuh juga telah juga dianggap sebagai seorang penghulu kepada para wali oleh orang yang mendiami di tepi pantai kawasan Tanjung Pagar. Jenazahnya telah dikebumikan dikemuncak sebuah bukit kecil dipanggil sebagai “Mount Palmer yang mana sekarang dikenali “Palmer Road” berhampiran dengan club Tionghoa YMCA.Pengkebumian ini adalah diatas permintaan Habib Nuh sendiri sebelum beliau wafat.Sebuah bangunan makam yang menarik yang menyerupai Mesjid lengkap dengan tempat tinggal Imam telah di bina di kawasan perkuburannya.Bilik atau “chamber”yang mengelilingi kawasan perkuburannya telah dibina oleh Tuan Syed Muhammad bin Ahmad bin Abdurrahman bin Alwi bin Abdillah As Shofie Asseggaff(yang dikenal dengan nama Nong Chick) dalan tahun 1890 M/1307 H,selepas itu bangunan makam yang mempunyai 49 anak tangga telah diperelok dan diperbaiki dari masa ke masa oleh dermawan dermawan Islam.Dalam hayatnya banyak kejadian kejadian telah berlaku yang mana belum dikumpul atau dikarang untuk pengetahuan umum.


Sifat dan Kewaliannya

Habib Nuh adalah seorang hamba ALLAH yang senantiasa cinta dan berbelas kasihan kepada kanak kanak dan orang miskin.Beliau disayangi serta disanjung tinggi oleh segenap lapisan masyarakat.Dimana jua beliau pergi senantiasa beliau ditemani beberapa sahabat sahabatnya kecuali ke tempat tempat yang beliau ingin pergi bersendirian maka diminta jangan ada antara sahabatnya menemani beliau.Beliau sering mengambil gula gula dan wang dari kedai kedai dan membagikannya kepada fakir miskin dan kanak kanak.Sebelum Habib Nuh kembali ke Rahmatullah,beliau memberitahu sahabat sahabtnya jika beliau kembali ke rahmatullah hendaklah dikebumikan jenazah beliau di Bukit Kechil(Mount Palmer).Beberapa hari sebelum beliau wafat,beliau sering memberitahu sahabat sahabatnya bahwa beliau akan berpindah ke dunia lain,apabila sahabat sahabatnya bertanya dimanakah Habib akan berpindah,beliau menjawab;”Saya akan berpindah ke dunia lain untuk selama lamanya”.Beliau sering menasehati sahabat sahabatnya supaya selalu mengambil berat dalam urusan agama Islam seperti terkandung dalam kitab suci Al Qur’an.Beliau telah juga menasehati sahabat sahabatnya agar selalu berbelas kasihan dan memberi pertolongan kepada fakir miskin dan kanak kanak.Diantara kata kata nasihat beliau ialah “Janganlah kamu dengki atau hasad sesama kamu dan jangan mempunyai sifat sifat tamak diantara kamu”.

Dalam hayatnya Habib Nuh sering bangun tengah malam bersembahyang sehingga fajar.Menolong fakir miskin dan kanak kanak adalah pekerjaan utamanya.Pada suatu hari seorang kanak kanak yang patah kakinya telah dibawah ke Habib Nuh oleh ayah anak tersebut.Habib Nuh hannya memegang kaki kanak kanak itu dan melihat ke langit serta membaca membaca beberapa ayat suci dalam beberapa menit saja kanak kanak tersebut telah sembuh seperti sedia kala.Terlalu gembira karena anaknya sembuh maka si ayah tadi telah memasukkan wang syiling ke dalam kantong baju Habib Nuh,kesemua wang tersebut dibagi bagikan kepada fakir miskin dan kanak kanak.Habib Nuh pernah berjalan kaki berkilo kilometer dalam terik panas dan hujan lebat untuk menziarahi rumah rumah dimana beliau tahu ada orang orang sakit yang menghendaki bantuan dan pertolongan.Pada suatu hari beliau berjalan kaki dalam hujan yang lebat di sepanjang Paya Lebar Road untuk menziarahi seorang anak yang sakit berat.Apabilah Habib Nuh masuk di rumah anak tersebut ayah sianak terperanjat karena Habib Nuh tahu akan sakit serta penderitaan anaknya sedangkan berita tersebut masih dirahasiakan.Walau bagaimanapun,ayah anak tersebut berasa bersyukur dan gembira karena habib Nuh sudi menziarahi rumahnya.Tetapi yang lebih menakjubkan ayah si anak tersebut melihat pada pakaian bahwa Habib Nuh tak basah sama sekali sementara beliau telah berjalan berkilo kilo dalam hujan yang lebat.Habib Nuh lalu masuk kedalam rumah tersebut dan di dapatinya anak tersebut dalam sakit yang sangat parah dan tak sadar diri.Sesudah dipegang kepala anak itu dan dibacakan oleh beliau ayat ayat Al Qur’an dengan tak disangka sangka anak tersebut langsung bangun dari tempat tidurnya seolah olah bukan anak itu yang sakit.

Pada suatu malam Habib Nuh sedang berbaring dan istirahat,beliau mendengar tangisan kanak kanak dari rumah jiranya.Kanak kanak tersebut menangis terus menerus karena cinta dan sayangnya pada kanak kanak maka Habib Nuh bangun dari tempat rehatnya dan terus menuju rumah jiran tersebut.Apabila beliau masuk di rumah itu dan dilihatnya ayah kanak kanak tersebut sedang duduk dan menangis terisak isak.Melihat kejadian ini Habib Nuh bertanya kepada istri orang yang yang sedang menangis terisak isak yaitu ibu kepada kanak kanak tersebut,tentang sebab sebab anaknya dan suaminya menangis.Ibu si anak menjawab “Habib ,anak saya menangis karena hendak minum susu tetapi saya tak ada wang hendak membelinya sedangkan suami menangis karena terlalu sedih mendengar tangisan anak kami”.Mendengar cerita sedih ini habib Nuh meminta sedikit air yang diberikanya dalam tempurung kelapa.Lalu Habib Nuh membacakan ayat ayat Al Qur’an ke atas air itu dan dalam seketika air itu menjadi susu yang akhirnya diberikan kepada kanak kanak tersebut.

Satu lagi kejadian yang terjadi,pada suatu hari satu rombongan nelayan nelayan melayu dari kawasan Pasir Panjang telah menemui Habib Nuh.Mereka mengadu air pada sumur sumur mereka mulai kering karena kemarau.Habib Nuh membawa mereka ke sebuar surau dimana Habib Nuh bertadah dua tangan dan memohon Rahmat dari ALLAH,saat doa sedang dibaca tiba tiba langit yang cerah serta terang benderang berubah menjadi gelap dan terus hujan turun perlahan lahan selama beberapa jam.Melihat hujan turun seorang dari rombongan tersebut yang berada dalam surau menangis terisak isak.Habib Nuh tanyakan kepada orang tersebut”Kenapa kamu menangis?” Maka orang tersebut menjawab”Saya terlalu gembira karena hujan telah turun” .Habib Nuh memberitahu orang tersebut dan lain lain yang masih berada dalam surau tersebut “Inilah kuasa ALLAH jika kamu sembahkan dengan ikhlas sepanjang waktu ,maka segala permintaan kamu akan dikurniakan ALLAH” .

Pada suatu hari satu rombongan orang orang telah menziarahi tempat kediaman Habib Nuh,mereka menunggu di ruangan rumah karena waktu itu Habib Nuh sedang sholat Ashar.Setelah sholat Habib Nuh keluar menjumpai tetamu tersebut ,sewaktu beliau berjabat tangan dengan orang ke dua dari rombongan tersebut.Habib Nuh telah merenung ke wajahnya dan berkata”Lebih baik kamu pulang terus karena ibu kamu sedang nazak hendak meninggal dunia” .Orang tersebut ditemani oleh Habib Nuh dan apabila mereka tiba di rumahnya didapati ibunya baru saja meninggal dunia.Satu lagi kejadian,seorang India Islam laki laki telah bernazar,jika sekiranya dia selamat pulang ke Singapora sesudah menziarahi keluarganya di India, dia akan memberi hadiah kepada Habib Nuh.Nazarnya telah di rahasiakan.Orang tersebut berlayar ke India dan beberapa bulan kemudian dia pulang ke Singapora dengan kapal.Sewaktu kapal tersebut menuju pelabuhan Singapora,Habib Nuh telahpun berdiri di pelabuhan menunggu ketibaan orang India tersebut.Apabila orang India itu turun dari kapal,dia ternampak Habib Nuh berada di situ lalu dia peluk dan ciunm tangan Habib Nuh.Selepas itu Habib Nuh berkata”Saya menunggu ketiban kamu dari India dan juga hadiah kamu buat saya”.Mendengar kata kata itu bertanya”hadiah apakah yang Habib mau?”Habib Nuh menjawab “Kamu telah bernazar hendak member saya beberapa helai kain kuning apabila kamu selamat berlayar ke India dan selamat pulang ke Singapora.Sekarang saya hendak mengingatkan kamu supaya memenuhi nazar kamu karena saya hendak hadiahkan kain tersebut kepada fakir miskin”.Mendengar kata kata ini orang India tersebut menunduk dan mencium wajah Habib Nuh dihadapan orang ramai dan berkata”Alhamdulillah saya telah mencium wajah seorang Wali ALLAH yang senantiasa menolong kanak kanak dan fakir miskin”Hadiah kain kuning tersebut telah diberikan kepada Habib Nuh dan dua hari setelah orang India tersebut tiba di Singapora dan kain kuning itu telah diberikan kepada fakir miskin.Habib Nuh juga kerap menziarahi kubur kubur Islam di tengah malam dan membaca ayat ayat suci disitu sampai fajar.Secara ringkas


Saat saat Akhir Hatanya

Apabila beliau menghembuskan nafas yang terakhir,maka beribu ribu manusia dari seluruh pelosok Singapora serta pulau pulau yang berdekatan telah menziarahi jenazahnya di Teluk Blangah,satu jamuan makan secara luar biasa telah diadakan untuk orang orang yang menziarahi jenazah beliau di rumah keluarga Temenggong Abu Bakar dimana tempat beliau wafat.Apabilah siap selesai upacara memandikan jenazah beliau dan sebelum dikafankan,semua orang yang hadir disitu termasuk 4 orang Inggris yang telah memeluk agama Islam dengan pertolongan Habib Nuh,telah mencium kaki belaiu,kemudian jenazahnya telah dimasukkan dalam peti keranda untuk dikebumikan.Waktu itu persedian telah dibuat untuk mengkebumikan jenazahnya di tanah pekuburan Bidadari(Upper Serangoon Road),apabilah peti jenazah hendak diangkat,peti tersebut telah melekat di lantai dan banyak orang yang turut member pertolongan sama sama untuk mengangkat peti jenazah tersebut tetapi peti jenazah itu tetap melekat.Orang orang yang penuh sesak saat itu heran dan banyak yang mengeluarkan air mata.Sejurus kemudian,seorang dari antara orang ramai disitu telah tampil kehadapan dan dengan air mata yang mengalir di pipinya ia naik keatas sebuah bangku dan dengan perasan sedih dan suara yang terharu oarng itu berkata”Tuan tuan Habib Nuh berwasiat jika beliau wafat jenazahnya hendaklah dikebumikan di kemuncak Bukit Kechil (Mount Palmer) tetapi nampaknya sekarang tuan tuan tidak hiraukan amanah dan wasiatnya.Kemudian ia meneruskan “Marilah kita tunaikan permintan Habib Nuh “.Dengan izin ALLAH peti keranda ini dapat diangkat.Kemudian orang tersebut turun dari bangkunya dan terus memegang peti keranda bahagian hadapan dan dibantu oleh seorang lagi dan dengan mudah saja peti jenazah itu dapat diangkat .Melihat kejadian ini,semua orang yang hadir secara serentak bersama sama meneriakkan “ALLAHU AKBAR LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH” .Ramai yang telah mengikuti jenazah Beliau hingga ke tanah pekuburan di Mount Palmer,semua kereta kuda seluruh pelosok Singapora telah berkumpul untuk membawa orang orang tua dan perempuan dengan percuma ke tanah pekuburan Habib Nuh.

Keramat Habib Nuh dikenali serta dihormati di seluruh Asia Tenggara.Makamnya hingga kini terus di banjari penziarah dan orang orang yang membayar niat dari berbagai bangsa dan agama,khususnya hari Jum’at,Minggu dan hari hari libur.Ramai orang yang menziarahi keramat Habib Nuh,tiap tiap orang mempunyai niat masing masing.Ada yang membawa nasi kunyit,pisang,telur rebus dan sebagainya memenuhi memenuhi niat atau nazarnya.Ada juga yang tidak membawa apa apa dan mereka hanya menziarahi makam tersebut dan membaca ayat ayat suci Al Qur’an.Bagian ruangan dalam dimana terdiri dari batu nisan pemakaman Habib Nuh dan ruangan luarnya dihiasidengan permadani”wall to wall carpeted” .Keramat ini mempunyai seorang Imam yang bertanggung jawab membaca do’a selamat atau sembahyang hajat untuk orang orang yang menziarahi dan meminta beliau berbuat demikian,membagikan nasi kunyit,pisang,telur,daging dan sebagainya kepada kanak kanak yang tinggal di kawasan yang berhampiran serta orang orang miskin.Dengan kata lain,Imam ini bertanggung jawab penuh tentang pentakbiran keramat tiap tiap hari.Ada seorang lagi yang bertugas di keramat ini dan beliau ditempatkan dekat tangga keramat mengatur kanak kanak yang senantiasa bermain disitu dari menganggu atau meminta wang dari orang orang yang dating membayar niat ke makam.Biasanya jika orang orang yang membayar niat hendak bersedekah wang kepada kanak kanak disitu maka wang tersebut diserahkan kepada penjaga di situ dan beliau akan memberikan wang tersebut kepada kanak kanak disitu.Banyak orang perseorangan dan gudang gudang perniagaan sering menderma kepada keramat seperti wang tunai yang dimasukkan di dalam peti disitu serta permadani,kipas angin,jam dan sebagainya.Ini adalah jelas keramat Habib Nuh dicintai dan dihormatioleh sebagian besar dari penduduk lokal dan luar negeri..

Pada mulanya makam keramat ini dijaga oleh”trustees”yang merupakan keluarga terdekat ataupun keturunannya dari Habib Nuh.Dalam tahun 1936 M/1355 H pengurusan keramat ini diserahkan kepada “Muslim and Hindos Endowment Board”.Dengan berdirinya Majlis Agama Islam beberapa tahun setelah itu maka pengurusan makam keramat Habib Nuh ini sekarang ini dipegang oleh Majlis Agama Islam.Keramat Habib Nuh adalah sutau hal tidak asing lagi diketahui sebagian besar ummat manusia terutama di Singapora,negeri negeri jiran.Bangunan makam ini adalah situs sejarah dan selaras dengan dasar pemerintahan Singapora menjadikan tempat tempat atau bangunan bangunan yang bersejarah sebagai ”Monuments/situs”,maka baru baru ini saya telah menulis surat kepada setiausaha”Preservation of Monuments Boards”mencadangkan supaya bangunan Makam Habib Nuh dijadikan sebagai “monument”dan kerja kerja perawatan di luar dan di dalam bangunan makam termasuk di kawasan belakang dan tempat meletakkan kendaraan akan diperbaiki oleh pemerintah Singapora.

Habib Nuh memiliki seorang istri yaitu Anchik Hamidah yakni wanita Melayu yang berasal dari Telok Ayer Tawar,provinsi Wellesley,Penang.Mereka memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Syarifah Badaniah.Syarifah Badaniah ini kemudian nikah dengan Syed Muhammad bin Hasan As Syatrie di Jelutong Penang.Pernikahan mereka ini juga hanya dikaruniakan seorang anak perempuan yaitu Syarifah Ruqayyah.Syarifah Ruqayyah binti Muhammad bin Hasan As Syatrei ini adalah cucu tunggal dari Habib Nuh Al Habsyi.Syarifah Ruqayyay ini nikah dengan Syed Alwi bin Ali bin Muhammad bin Harun Al Junaid dari Singapora.Mereka dikaruniakan 5 orang anak,2 laki laki dan 3 perempuan yaitu :
1.Syed Abdurrahman bin Alwi bin Ali Al Junaid
2.Syed Abdullah bin Alwi bin Ali Al Junaid
3.Syarifah Muznah binti Alwi bin Ali Al Junaid
4.Syarifah Zainab binti Alwi bin Ali Al Junaid
5,Syarifah Zubaidah binti Alwi bin Ali Al Junaid


Habib Nuh bin Muhmmad Al Habsyi ini memiliki 3 orang adik lelaki yaitu :
1.Arifin wafat di Penang
2.Zainal Abidin wafat di Penang
3.Ahmad Salikin wafat di Daiq kepulauan Riau








Artikel ini al faqier tulis ulang berdasarkan :
Tulisan yang dikumpulkan dan dikarang oleh; Syed Abdullah bin Ahmad Al Athas yakni cicit saudara dari Habib Nuh bin Muhammad Al Hadi bin Ahmad Al Habsyi


Jakarta ,15 Rabiul Awwal 1429 H/24 Maret 2008






Ali Zainal Abidin bin Hasan Al Ali bin Abdullah Asseggaff
(Alidin bin Hasan)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar